TOP Mempertingkatkan Tahap Teknologi Pencuci di Malaysia Dengan Micro-Clean Tech™ YAASSSS!!

Menanggalkan Kesan Peluh dan Sebum di Teras Fabrik Untuk Kebersihan yang Menyeluruh
Jenama pencuci nombor 1 di Malaysia1, TOP sekali lagi merevolusikan industri detergen dengan memperkenalkan inovasi terbaharunya, teknologi Micro-Clean Tech™. YASS!

Dengan slogan ‘Belum Bersih sehingga Mikro Bersih’, jenama ini memberi dorongan kepada para pengguna untuk mencapai tahap cucian mikro bersih dengan penggunaan teknologi Anti-Sebum


TOP Micro-Clean Tech™ Berkesan Menanggalkan Kotoran Ketara Dan Tak Kelihatan walaupun Di Teras Fabrik 

Pencuci TOP Micro-Clean Tech™ dengan teknologi Anti-Sebum mampu menarik keluar peluh dan sebum serta molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam teras fabrik. Peluh dan sebum adalah antara penyebab utama bau yang tidak menyenangkan dan kotoran pada pakaian terutamanya di kawasan sekitar bawah lengan, pergelangan tangan dan kolar sehingga menjadikan pakaian anda kekuningan dan pakaian bewarna menjadi kusam.  
TOP Micro-Clean Tech™ dirumus khas untuk menarik keluar kesan peluh dan sebum yang terperangkap dengan pantas dan berkesan; menguraikannya kepada saiz mikro serta menghalangnya daripada melekat kembali ke atas permukaan fabrik. 

Kotoran-kotoran ketara seperti kopi, sos tomato, coklat dan darah serta kotoran degil seperti sambal belacan dan kicap mudah dibersihkan dengan TOP Micro-Clean Tech™.


Mengapa TOP Micro-Clean Tech™ Adalah detergen pencuci untuk rakyat Malaysia

Untuk menambat hati para pengguna serta memberikan khidmat yang lebih baik, TOP melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu pencucian yang dihadapi oleh pengguna melalui inovasi dan penemuan baharu.

Ramai pengguna seakan telah menjadi redha dengan masalah pakaian yang siap dibasuh menjadi kekuningan dan kekusaman setelah disimpan untuk jangka masa yang panjang; kotoran dan bau pada pakaian seragam sekolah dan baju senaman serta pakaian berwarna menjadi pudar selepas beberapa kali dicuci.
Penyelidik TOP di Malaysia mendapati bahawa peluh dan sebum yang terperangkap di teras fabrik adalah punca utama kekuningan pada baju putih, kekusaman pada baju berwarna dan juga bau yang tidak menyenangkan pada pakaian yang telah dicuci. Mereka dengan sedaya upaya mencari solusi kepada isu-isu ini yang dipercaya tidak dapat dielakkan dan tiada penyelesaiannya oleh pengguna. 

TOP Micro-Clean Tech™ memberikan solusi pembersihan menyeluruh untuk hampir semua masalah cucian yang sebelum ini dikatakan tiada penyelesaian dengan tahap kebersihan cucian yang baik.

Kedudukan geografi Malaysia di garisan khatulistiwa dengan suhu dan kelembapan tinggi sepanjang tahun menyebabkan penduduk negara ini banyak berpeluh. Tubuh kita secara semulajadi, menghasilkan lebih banyak sebum atau minyak badan melalui kelenjar minyak dengan peningkatan suhu persekitaran. Sama seperti peluh, kesan sebum amat sukar untuk dibersihkan dengan pencuci biasa.

Teknologi pencuci Micro-Clean Tech™ mengandungi molekul mikro yang boleh menembus jauh ke dalam teras fabrik untuk menarik keluar dan menguraikan peluh dan sebum. Formulasi terkini juga dapat mengelakkan peluh, sebum dan kotoran lain dalam air cucian daripada melekat kembali ke atas permukaan fabrik. 
Bagi para pengguna yang menyahut cabaran ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’, mereka akan mendapati hanya satu cucian dengan TOP Micro Clean Tech™ memadai untuk menyegarkan serta memulihkan keadaan fabrik. Mereka juga akan mendapati air cucian menjadi keruh kerana peluh, sebum serta kotoran lain dibersihkan dengan berkesan.

Rumusan berevolusi ini mengekalkan fungsi asalnya, iaitu Anti bau hapak dan Anti Debu Hama yang telah dikenali dan diyakini para pengguna Malaysia. 

Pengurus Kanan Pemasaran Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo menjelaskan, Top meneruskan inovasinya bertujuan memberi gaya hidup yang lebih baik kepada pengguna sejajar dengan janji jenamanya, Inovasi untuk Kehidupan Lebih Baik. Jenama ini juga menghargai pandangan para pengguna untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi mereka di samping meningkatkan mutu produk. 
“Penyelidik kami dapat mengesan masalah cucian utama yang dinyatakan oleh para pengguna berkait rapat dengan sebum dan peluh. Kami menyelesaikannya dengan merumuskan revolusi teknologi pencuci Micro-Clean Tech™ dan ia menjadikan TOP menerajui pasaran detergen Anti-sebum di Malaysia.
“Sebagai peneraju inovasi teknologi pencuci di Malaysia, TOP sentiasa berevolusi untuk memenuhi keperluan para pelanggan sejak sekian lama. Pengenalan Micro-Clean Tech™ mengukuhkan kedudukan kami dan pada masa yang sama memperkayakan lagi gaya hidup pengguna di Malaysia dengan kehidupan yang bersih dan sihat,” tambah Carmen.

TOP Micro-Clean Tech™ kini boleh didapati di seluruh negara dengan rangkaian baharu yang telah dirumus khas serta wangian yang tersendiri untuk para pengguna yang mempunyai cita rasa berlainan. Rangkaian baharu ini termasuklah TOP Booming Pleasures dan TOP Odour Buster.

Pembungkusan pencuci TOP juga telah diberikan wajah baharu yang lebih moden dan bentuk yang lebih ergonomic menjadikannya lebih mudah untuk dituang dan ditutup, selain melambangkan revolusi formulasi baharu itu.

Alami pembersihan mikro ‘Belum Bersih Sehingga Dimikro Bersih’ sekarang.

Sebagai jenama yang memberi fokus kepada pengguna, TOP Micro-Clean Tech™ menawarkan barisan variasi yang menyeluruh untuk menjaga kualiti pakaian anda.



TOP Micro-Clean Tech Varian Cecair

Stain Buster (WM/EM)  
RM 6.70 / RM 7.10 (900g), RM 10.00/ RM 10.35 (1.8kg), RM 16.90 / RM 17.50 (2.7kg), RM 23.15 / RM 24.15 (4kg) TOP Stain Buster dengan Micro-Clean Tech™ menembus setiap lapisan serat fabrik untuk menanggalkan kotoran degil, minyak badan serta kesan peluh terperangkap dengan hanya satu cucian untuk memastikan kebersihan yang menyeluruh.
Brilliant Clean(WM/EM)  
RM 10.00/ RM 10.35 (1.8kg), RM 16.90 / RM 17.50 (2.7kg), RM 23.15 /  RM 24.15 (4kg)
TOP Brilliant Clean dengan Micro-Clean Tech™ menanggalkan kotoran degil yang menjadikan pakaian kusam dan melindunginya daripada kotoran lain untuk pakaian yang lebih bersih dan cerah serta berasa lebih ringan.
Blooming Pleasures (WM/EM)  
RM 6.70 / RM 7.10 (800g), RM 10.00/ RM 10.35 (1.5kg), RM 23.15 /  RM 24.15 (3.6kg)
TOP Blooming Pleasures dengan Micro-Clean Tech™  menjadikan pakaian anda segar dan harum selepas dicuci sehinggalah dipakai melalui teknologi pembaharuan wangian yang berkekalan sehingga 30 hari. 
Odour Buster(WM/EM)  
RM 10.00/ RM 10.35 (1.8kg), RM 16.90 / RM 17.50 (2.7kg), RM 23.15 /  RM 24.15 (4kg)
TOP Odour Buster dengan Micro-Clean Tech menghilangkan bau tidak menyenangkan dengan menanggalkan kesan peluh yang terperangkap secara menyeluruh untuk mencegah 99.9% bakteria penyebab bau membiak pada pakaian harian anda untuk kesegaran dan keselesaan ketika dipakai. 
Colour Protect(WM/EM)  
RM 10.00/ RM 10.35 (1.8kg), RM 16.90 / RM 17.50 (2.7kg), RM 23.15 /  RM 24.15 (4kg)
TOP Colour Protect dengan Micro-Clean Tech™  melindungi warna fabrik sambil membersihkan kotoran yang ketara mahupun tak kelihatan yang menyebabkan pakaian menjadi kusam dengan itu menyerlahkan lagi pakaian anda seolah-olah ia baru dipakai. 




TOP Micro-Clean Tech™  Varian Serbuk Pencuci

Super White (WM/EM)  
RM 0.97/ RM 0.97 (125g), RM 5.30 / RM 5.40 (1kg), RM 14.40 / RM 15.50 (2.5kg) / RM 22.50 / RM 23.30 (4kg) Revolusi teknologi pemutihan Blue Marine TOP yang menjadikan pakaian anda lebih putih dan cerah berseri.
Super Colour (WM/EM)  
RM 0.97/ RM 0.97 (125g), RM 5.30 / RM 5.40 (1kg), RM 14.40 / RM 15.50 (2.5kg) / RM 22.50 / RM 23.30 (4kg) Inovatif teknologi peningkatan warna TOP yang mencerahkan lagi warna pakaian anda sambil melindunginya dari pudar awal.
Super Hygienic (WM/EM)  
RM 0.97/ RM 0.97 (125g), RM 5.30 / RM 5.40 (1kg), RM 14.40 / RM 15.50 (2.5kg) / RM 22.50 / RM 23.30 (4kg) Teknologi peneutralan bau TOP yang menghilangkan bau peluh dari pakaian yang sangat kotor, membolehkan anda kekal segar dan aktif tanpa kebimbangan.
Blooming Freshness (WM/EM)  RM 0.97/ RM 0.97 (125g), RM 5.30 / RM 5.40 (1kg), RM 14.40 / RM 15.50 (2.5kg) / RM 22.50 / RM 23.30 (4kg)
Teknologi Freshcare TOP yang memberikan keharuman berkekalan sehingga 30 hari untuk kesegaran dan keselesaan sepanjang hari.

Micro-Clean Tech™ untuk Pencuci Rendah Buih
Pencuci Berkecekapan Tinggi (H.E) menghasilkan buih yang lebih rendah berbanding pencuci tradisional. Ia dirumus khusus untuk mesin basuh muatan hadapan dan model berkecekapan tinggi yang beroperasi pada penngunaan air yang rendah berbanding mesin basuh muatan atas tradisional. Apabila pencuci tradisional digunakan pada mesin-mesin ini, banyak buih akan terhasil menyebabkan ia cepat rosak, pakaian tidak dapat dibilas dengan bersih serta meningkatkan risiko pertumbuhan kulat di dalamnya. 

Pencuci Berkecekapan Tinggi (H.E) dan mesin basuhnya adakah dirumus dan direka khas untuk beroperasi sebagai satu system pembersihan yang efektif dan efisien.

Smart Clean(WM/EM)
RM 21.50 / RM 21.90 (2.7kg), RM 27.90 / RM 28.90 (4kg)
TOP Smart Clean dengan Micro-Clean Tech™ ialah formula (HE) rendah buih yang dirumus khas untuk mesin basuh muatan depan bagi memberikan cucian yang efisien dan efektif. 
Super Low Suds(WM/EM)  
RM 22.20/ RM 22.90 (3kg), RM 30.40 / RM 30.95 (5kg)
Formula (HE) Kurang Buih TOP yang lebih efisien dirumus khas untuk mesin basuh muatan depan bagi memberikan pencucian yang cekap dan efektif.

Jadilah yang terbaik dan penuh keyakinan dengan pakaian yang yang bersih sempurna yang dicuci bersih menggunakan Micro Clean Tech™ TOP kerana “Ia belum bersih sehingga dimikro bersih”. 


Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan kami di 1800-88-0133. 

Comments

Popular posts from this blog

Kaspersky Lab Sets A Malaysian Record of Anti-Virus for Mobile Devices Activated At An Event!

Brother International Malaysia Launch was A Rainbow Party!

Guardian Launches Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey Range! YASSSS!!